PELUMBA negara, Zaqhwan Zaidi optimis untuk merebut gelaran juara kelas ASB1000 bagi kejuaraan Motosikal Asia 2019 (ARRC 2019)
Anak jati Selangor itu berkata, beliau kini mengintai kemenangan berganda pada pusingan keenam kejuaraan itu yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.
Berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan kutipan 153 mata, Zaqhwan melihat masih ada ruang untuknya memburu kejuaraan.
![]() |
Ketinggalan cuma 35 berbanding pencabar utama |
Zaqhwan kini ketinggalan 35 mata dibelakang pencabarnya Broc Parkes dari Australia daripada pasukan Yamaha Racing Team ASEAN yang terus mengungguli kedudukan teratas kelas ASB1000 dengan kutipan 188 mata selepas lima perlumbaan.
“Sasaran saya di Sepang adalah untuk menjadi juara berganda (menang perlumbaan pertama dan kedua). Jika saya mampu melakukannya, maka saingan di (Litar) Buriram, (Thailand) nanti akan menjadi detik penentu siapa yang bakal menjadi juara keseluruhan musim ini.
"Berbanding pasukan lain, saya tidak boleh mengharapkan bantuan rakan sepasukan untuk melancarkan strategi perlumbaan.
"Saya perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan kerana saya satu-satunya pelumba pasukan Idemitsu Honda Asia Dream Racing with SHOWA yang beraksi dalam kelas ASB1000 ini,” kata Zaqhwan dalam satu kenyataan dikeluarkan ARRC.
Zaqhwan yang menunggang untuk pasukan Idemitsu Honda Asia Dream Racing with SHOWA sebelum ini meraih dua kemenangan, iaitu pada pusingan pertama di Sepang pada Mac lalu, selain di Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada bulan lepas.
Pusingan terakhir ARRC 2019 akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand pada November nanti.

0 Comments