GARA-gara ingkar perintah, seorang penjawat awam didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Individu tersebut S Sri Vithia, 29 sebelumnya dituduh merokok dalam kawasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Disember lalu.
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas wanita itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Terdahulu Vithia didakwa mengikut Peraturan 11(3), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun.
Dia didakwa merokok di tangga aras 3, Blok Utama, Hospital berkenaan.
Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Shumizan Siron, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh. Sri Vithia yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan menanggung adiknya yang masih belajar.
Sebagai rekod, kawasan hospital, tempah membeli belah, pusat pengajian tinggi dan sekolah serta bangunan kerajaan antara kawasan dikelaskan sebagai suatu tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(1)(h) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
0 Comments