20 maut gara-gara trak jatuh gaung


DUA
puluh orang, termasuk kanak-kanak terbunuh manakala beberapa lagi cedera setelah sebuah trak dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di selatan Filipina.

Ketua Polis Daerah South Cotabato (SCPPO) Walter Limson berkata, kenderaan itu sedang dalam perjalanan ke bandar T'Boli di wilayah Cotabato Selatan yang terletak kira-kira 1,030 kilometer dari Manila sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam gaung berkenaan.

15 maut serta merta di tempat kejadian
"Berdasarkan laporan saksi, trak itu berdepan masalah brek, kami akan melakukan siasatan lanjut bagi mencari sebab sebenar," kata seorang penyiasat polis dipetik AFP.

Seorang Pegawai Pengurusan Bencana Rolly Aquino memaklumkan, pihaknya mengeluarkan 15 mayat dari tapak nahas. Manakala 5 lagi maut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Difahamkan, kemalangan jalan raya seperti ini adalah perkara biasa di Filipina,

Antara puncanya ialah kenderaan membawa penumpang dikendalikan individu kurang berpengalaman.

Pada Jun lalu, 13 orang termasuk seorang pengantin perempuan terbunuh apabila trak yang mereka naik terbabas dan terjunam ke dalam gaung selepas menghadiri majlis pra-perkahwinan tradisional yang diadakan di atas kawasan pergunungan.

Post a Comment

0 Comments