PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keyakinan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi.
Memetik temu ramah bersama Bloomberg TV hari ini, Anwar berkata, peralihan kuasa dari Tun Mahathir Mohamad itu dijangka berlangsung pada tahun hadapan. Ia berdasarkan kefahaman yang telah dibentuk sebelum ini.
![]() |
Anwar ketika ditemuramah |
Isu peralihan kuasa Perdana Menteri sering mendapat perhatian umum, Dr Mahathir sendiri beberapa kali menegaskan bahawa Anwar merupakan penggantinya. Bagaimanapun, pembangkang dilihat memanipulasi isu tersebut baru-baru ini dengan menggesa Dr Mahathir kekal sehingga tamat penggal pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Semalam, dalam perkembangan mengejutkan, Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) yang diterajui bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyatakan secara terbuka sokongan mereka kepada Anwar untuk menerajui pentadbiran negara.

Sementara itu, ketika mengulas tentang ‘saingannya’ yang disebut-sebut untuk merebut jawatan Perdana Menteri - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir - Anwar berkata, tiada tanda-tanda bahawa ada calon atau parti lain yang melobi untuk jawatan tersebut.
“Ini tidak menghalang sesiapa untuk memasang cita-cita. Dan ini pada saya agak tidak relevan.
“Sama ada ia telah dibincangkan, sama ada mereka diberi mandat, jawapannya adalah tidak,” katanya dipetik
0 Comments