PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc mempamerkan pemanduan cemerlang untuk merangkul kejuaraan pertama dalam kariernya pada Grand Prix Formula Satu (F1) Belgium semalam.
Namun kemenangan sulungnya yang diimpikan sekian lama itu disambut dengan penuh emosi.
Sehari sebelumnya, pelumba Perancis, Anthoine Hubert yang merupakan rakan sepasukan Leclerc ketika sama-sama berlumba untuk Renault F1 Junior terkorban di atas litar tersebut.
Anthoine dilanggar oleh pemandu Ecuador-Amerika, Juan Manuel Correa selepas dia terbabas ketika berlumba dalam Formula Dua (F2)
“Kami membesar bersama. Perlumbaan pertama saya adalah bersama Anthoine ketika kami masih muda, ketika itu kami bergandingan dengan Esteban (Ocon) dan Pierre (Gasly).
“Saya kehilangan seorang kawan, ia situasi yang amat sukar apatah lagi beraksi di atas trek sama yang telah meragut nyawanya. Kemenangan ini saya tunjukan buat Anthoine,” kata Leclerc sebaik perlumbaan.
Namun kemenangan sulungnya yang diimpikan sekian lama itu disambut dengan penuh emosi.
Sehari sebelumnya, pelumba Perancis, Anthoine Hubert yang merupakan rakan sepasukan Leclerc ketika sama-sama berlumba untuk Renault F1 Junior terkorban di atas litar tersebut.
Leclerc bertemu ibu Hubert sebelum perlumbaan |
“Kami membesar bersama. Perlumbaan pertama saya adalah bersama Anthoine ketika kami masih muda, ketika itu kami bergandingan dengan Esteban (Ocon) dan Pierre (Gasly).
“Saya kehilangan seorang kawan, ia situasi yang amat sukar apatah lagi beraksi di atas trek sama yang telah meragut nyawanya. Kemenangan ini saya tunjukan buat Anthoine,” kata Leclerc sebaik perlumbaan.
BACA: Pemandu F2 maut kemalangan di Grand Prix Belgium
Leclerc, 21, memulakan perlumbaan semalam dengan mengenakan pelekat ‘Berlumba untuk Anthoine’ di badan kereta jenteranya.
Dua pemandu Mercedes, Hamilton dan Valterri Bottas mengekori di tempat kedua dan ketiga manakala rakan sepasukan Leclerc yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel di tempat keempat.
Kemenangan diraih Leclerc pada Grand Prix ini merupakan kejayaan pertama Ferrari musim ini setelah menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
0 Comments