KEBELAKANGAN ini, ada pihak tertentu dilihat sengaja mengulang naik isu tertentu bagi menimbulkan rasa tidak percaya kepada kerajaan.
Terbahru,
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa membuat penafian atas dakwaan
kononnya DAP Kepong sedang merancang untuk mendaftar MyKad bagi
pendatang haram China.
Dalam kenyataannya, JPN berkata satu video yang tular di media sosial baru-baru ini sebenarnya merupakan video lama.
Ia
kejadian dimana pemegang kad pengenalan sementara, dan pemegang kad
pengenalan tetap berpusu-pusu hadir di pejabat Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) bagi menukar status kewarganegaraan mereka kerana salah
tafsir mesej yang sebelumnya disampaikan.
“Program pada
penghujung 2018 tersebut hanya melibatkan sesi penerangan dan taklimat
berhubung tatacara permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan oleh
JPN.
“Tiada urusan permohonan dilaksanakan pada hari
tersebut dan pihak JPN telah menasihatkan mereka yang hadir untuk pergi
ke Pejabat JPN berhampiran bagi urusan permohonan kewarganegaraan dan
kad pengenalan,” kata kenyataan tersebut.
Sehubungan
itu, JPN mengarahan orang ramai segera berkongsikan atau menyebarkan
video tersebut di media sosial milik mereka bagi mengelakkan sebarang
kekeliruan timbul yang dibimbangi boleh menyebabkan ketenteraman awam
tergugat.
JPN berkata, mereka teragak-agak mengambil
tindakan undang-undang bagi penyebaran maklumat yang tidak benar oleh
individu yang tidak bertanggungjawab.
Muktahir ini, ada
pihak yang dilihat berusaha keras bagi mewujudkan keadaan tidak harmoni
dalam negara dengan menyebar mesej yang menaikkan amarah orang Melayu.
Gambaran
diberikan ialah masyarakat Melayu dinegara ini sekarang berada dalam
keadaan sangat terancam dan mahu ditindas orang bukan Melayu.
Isu
penularan video palsu pemberian MyKad kepada warga China ini pernah
mendapat riaksi Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu
Hassan.
Khairuddin selar usaha bodohkan rakyat |
Tegasnya, video menghasut rakyat itu yang
dipercayai sebahagian orang Melayu benar-benar tidak masuk akal kerana
Segala kelulusan untuk permohonan kerakyatan mesti melalui Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dan bukan pejabat mana-mana Ahli Parlimen.
"Ia
merupakan taktik kotor dalam usaha pihak tertentu mahu mengambil alih
kepimpinan negara daripada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Kalau mereka ini hendak menipu pun, carilah kaedah penipuan yang bijak sikit," tegasnya.
0 Comments