ALLAHYARHAM Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkene tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini bukan seorang anggota tentera biasa-biasa.
Seorang bekas pegawai tentera mendedahkan Mejar Mohd Zahir sebagai seorang komando yang bole dianggap antara terbaik diantara terbaik.
Mantan Rejimen Sarjan Mejar (RSM) 11 GGK Pegawai Waran I (B) Rothman berkata, Allahyarham merupakan seorang penembak tepat yang kepakaran dan kemahirannya tidak lagi boleh dipertikaikan.
“Tidak semua anggota tentera mampu menembak dalam pelbagai posisi sukar seperti Allahyarham yang pastinya akan memberikan tekanan kepada penembak terbabit.
Zahir tak gentar berdiri didepan peserta latihan menembak |
Terdahulu, warganet berkongsikan beberapa video yang menunjukkan kemahiran menembak dimiliki Allahyarham. Dalam satu video di media sosial, pegawai kanan tentera itu yang juga merupakan anak kepada artis lagenda AR Badul dilihat menembak sasaran dengan tepat dalam pelbagai aksi sukar.
BACA: Mohd Zahir seolah-olah sudah tahu nak pergi!
BACA: Mengidam ikan sembilang, Zahir hantar foto terakhir untuk isteri
Kemahiran dimiliki Mohd Zahir turut diiktiraf pasukan tentera asing apabila dijemput melatih dan menyertai beberapa Eksesais ketenteraan termasuk Aman Youyi, tahun lalu.
Dalam satu dokumentari dihasilkan oleh media China, anggota tentera negara itu yang ditemubual menyatakan rasa kagum dengan keberanian Allahyarham yang berdiri berhampiran dengan sasaran ketika latihan menembak peluru hidup dilakukan.
Sementara itu, Rothman berkata yang mengenali Mohd Zahir secara rapat turut mendedahkan bahawa Allahyarham merupakan seorang pegawai yang disenangi semua warga 11 Grup Gerak Khas (GGK) meskipun berpangkat seorang Mejar.
“Dalam komando pangkat tidak membataskan kami, jadi memudahkan kami untuk bekerja sebagai satu pasukan kecuali dalam majlis rasmi kerana perlu mengikut protokol.
“Allahyarham (Mejar Mohd Zahir Armaya) antara pegawai terbaik pernah saya jumpa sepanjang berkhidmat dalam Grup Gerak Khas (GGK). Pemergian arwah adalah satu kehilangan besar khusus buat Rejimen 11 GGK," Tambahnya.
Rothman dalam pada itu turut mendedahkan bakat seni dimiliki anggota terbaik GGK itu, yang menurutnya bukan sahaja handal menembak, tetapi kerap diberi amanah menjadi pengacara penganjuran majlis rasmi pasukan.
Cabar Jurulatih
Sementara itu, Bekas Jurulatih Kanan Pertempuran Jarak Dekat (CQB), Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Staf Sarjan (B) Mohamad Yaakob, 51, berkata Mohd Zahir pernah ditauliahkan sebagai pelatih terbaik ketika menjalani latihan kepakaran Grup Gerak Khas (CQB/penemb4k tepat/ amfibia) pada 2003.
Allahyaram tambahnya bukan sahaja seorang penempak tepat, tetapi juga merupakan individu yang mempunyai kemahiran tinggi mengendali senjata pertempuran jarak dekat terutama pistol Glock.
Diberi penghormatan melatih tentera antarabangsa |
“Allahyarham pernah mencabar saya menembak plat pada jarak 50 meter. Ketika itu saya cuba dan plat tidak jatuh, tetapi dia berjaya menjatuhkan plat,” katanya.
BACA: Keluarga dedah sifat sebenar Mejar Mohd Zahir
BACA: Mat Sabu titis air mata, MB anggap Zahir Hero
Menurut Mohamad Yaakob yang sudah melatih lebih 2,000 pegawai dan anggota komando, kemahiran dimiliki Allahyarham Mohd Zahir sememangnya sukar ditandingi.
"Saya tidak pernah jumpa penembak tepat seperti dia,
“Saya terkejut dan sedih apabila mengetahui kejadian yang menimpa. Pemergian Mohd Zahir adalah kehilangan terbesar buat komando,” kata Mohamad Yaakod dipetik.
0 Comments