Lelaki kelar leher sendiri lepas berlanggar


SEORANG
lelaki membunuh diri selepas terlibat dalam kemalangan di Tanjong Karang, Selangor.

Memetik laporan Bernama, lelaki warga emas berusia 66 tahun itu tiba-tiba bertindak mengelar lehernya sendiri selepas kenderaan jenis Mercedes Benznya berlanggar sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat itu, Kenderaan Myvi  dipandu Muhammad Fadzli Muhammad Yusari, 40, dilapor tercampak ke dalam parit akibat pelanggaran itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, DSP Noor Janihan Nanyan berkata Muhammad Fadzli yang dalam perjalanan  dari arah Rawang menuju ke Tanjong Karang maut susulan kecederaan parah dialami mangsa di kepala.

Kenderaan Myvi tercampak dalam parit | Sumber-JBPM
"Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Muhammad Fadzli melanggar kereta warga emas berkenaan, yang berhenti di tengah-tengah jalan.

“Selepas kejadian itu, warga emas terbabit mengelar lehernya hingga beliau mati di tempat kejadian. Muhammad Fadzli yang parah di bahagian kepala juga disahkan meninggal di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Bernama yang memetik sumber turut mendakwa pemandu kenderaan Mercedes berkenaan mempunyai masalah gangguan mental. Beberapa saksi di tempat kejadian melihat beliau mengelar lehernya sendiri.

Sementara itu Noor Janihan berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments