DUA puluh individu termasuk wanita dan kana-kanak disyaki pengikut aliran Syiah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Kesemua mereka ditahan di sebuah rumah kedai di Gombak malam tadi.
Sebelumnya kesemua mereka dilapor berkumpul di premis berkenaan bagi memperingati Pertempuran Karbala menjelang Hari Ashura yang jatuh pada minggu depan.
Bagaimanapun sumber yang mengesahkan penahanan berkenaan memaklumkan bahawa individu-individu yang ditahan tela dibebaskan awal pagi tadi.
Sementara itu, Malaysiakini dalam laporannya yang memetik kenyataan seorang aktivis fahaman itu berkata serbuan sering diadakan pihak Jais.
Sebagai rekod, aliran Syiah berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq.
Di Malaysia majoriti orang Islam merupakan ahli sunnah wal Jammah, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa semua ajaran Syiah sebagai sesat.
Ritual pengikut Syiah | Sumber- Google |
Allah telah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan memikulkan ke atas mereka tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah) kepada hamba-hamba-Nya. Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada Allah semata-mata.
Sementara Syiah pula difahamkan beriman kepada Allah dan Keesaan-Nya tetapi mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam pentadbiran alam ini.
Mereka beribadah selain daripada Allah dengan berkata 'Wahai Ali, wahai Hussain, wahai Zainab'. Mereka bernazar dan menyembelih binatang kepada yang lain selain daripada Allah. Mereka juga meminta hajat daripada orang yang telah mati.
Mazhab Syiah mempunyai ramai pengikut di negara seperti Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan Yaman dan Pakistan.
Ia dikesan menular secara aktif di Malaysia dan negara jiran Indonesia.
0 Comments