Tukar kerajaan tak selesai isu peniaga Melayu


MENUKAR
kerajaan ketika ini tidak akan menyelesaikan masalah dihadapi peniaga Melayu Islam.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, masalah dihadapi golongan peniaga itu berpunca dari kurangnya sokongan membantu golongan itu dari komuniti Melayu sendiri.

Dr Ahmed Razman
Bercakap pada program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Di Mana Bisnes Melayu Dalam Era Pakatan Harapan (PH)' pada Jumaat

"Jika kita lihat bagaimana (kaum lain) yang berjaya, mereka mempunyai jaringan yang kukuh dari segi semangat kekeluargaan, kampung halaman dan komuniti yang membolehkan mereka lebih kukuh dan bersatu.

"Kita terlalu banyak berpecah," katanya.

Tambah Ahmed Razman lagi, adalah sesuatu yang tidak adil untuk melakukan perbandingan mengenai perniagaan orang Melayu ketika kerajaan dahulu dan sekarang kerana ia telah bermula sejak sekian lama.

Tambah lagi tegasnya, Kerajaan  Pakatan Harapan (HARAPAN) baru mentadbir negara kira-kira setahun.

"Justeru, isu sekarang, bagaimana kita boleh membantu peniaga Bumiputera tidak kira dalam era manapun.

"Sekiranya ini tidak diatasi, kalau kerajaan bertukar pun masalah ini tidak akan selesai," jelasnya.

Sehubungan itu jelasnya, apa yang boleh dilakukan kerajaan sekarang ialah menyediakan 'payung' kepada peniaga Bumiputera supaya mereka dapat mengukuhkan lagi perniagaan mereka.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof membuat gesaan supaya syarikat-syarikat milik Bumiputera dan Muslim yang belum mendapat pensijilan halal bagi produk atau perkhidmatan mereka segera memohon perakuan itu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dengan adanya pensijilan halal itu, syarikat Bumiputera juga dapat bersaing dengan syarikat multinasional, bukan sahaja dalam negara bahkan di luar," katanya.

Post a Comment

0 Comments