Kerajaan Perak hargai sumbangan atlet Special Olympics


KERAJAAN
Perak yang dikuasai Pakatan Harapan (HARAPAN) terus berusaha membangunkan bakat-bakat sukan negeri itu.

Terbaharu, Kerajaan Negeri menyalurkan insentif khas bernilai RM8,000 seorang kepada lima atlet yang bertanding pada Kejohanan Special Olympics World Summer Games di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mac lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How insentif itu bukan sahaja bukti pentadbiran negeri sentiasa menghargai sumbangan anak negeri, malah ia sebagai sebagai pembakar semangat kepada atlet Perak dalam kategori masalah ketidakupayaan intelektual yang berjaya pada kejohanan peringkat antarabangsa itu.

“Sebelum ini kita sudah memberikan sumbangan awal sebanyak RM5,000 sebagai bantuan penyertaan kepada atlet berkenaan.

Sumbangan atlet dihargai | Sumber- Bernama
“Kita menambah lagi insentif supaya dapat membakar semangat mereka untuk menunjukkan prestasi lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Chuan How sebelumnya menyerahkan insentif berkenaan kepada penerima di Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Perak di Ipoh, semalam.

Lima atlet yang berjaya mengharumkan nama negara dalam kejohanan peringkat dunia itu adalah Nur Asmah Mohd Shah bagi sukan Bocce yang berjaya memperolehi pingat emas, Muhammad Hafiz Nazri dan R Harshini pula memperoleh tempat keempat bagi sukan sama.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan negeri, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali; Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak, Eni Zanifah Mohd Jaberi dan Presiden Special Olympics Malaysia, Azida Daud.

"J Devakausalya pula mengharumkan nama negara dengan memperoleh pingat Perak dalam acara lompat jauh dan tempat kelima dalam acara larian 100 meter (m), manakala Millie Tan Xue Wen pula berjaya mendapat tempat keenam dalam acara larian 100 m dan tempat kelapan dalam acara larian 200 m,” kata ADUN Pasir Pinji itu lagi.

Sementara itu, CHuan How berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat prestasi atlet Special Olympic dan berusaha menyediakan platform latihan sukan sepanjang tahun untuk mereka.

Sebagai rekod, temasya sukan Special Olympic ditujukan untuk atlet-atlet yang memiliki kecacatan intelektual. Sementara, Paralimpik adalah untuk atlet-atlet memiliki kekurangan dari segi keupayaan fizikal.

Post a Comment

0 Comments