ENAM buah kereta mewah jenis Lamborghini Huracan antara yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam cubaan menyeleweng dokumen pengimportan 21 kereta mewah bernilai RM12.2 juta.
Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Azimah Abd Hamid berkatam selain enam kenderaan itu, JKDM turut merampas tujuh Toyota Velfire; Toyota Estima (empat); Mercedes Benz (dua); dan masing-masing sebuah BMW dan Toyota Alphard dalam serbuan berasingan di dua gudang dekat Shah Alam pada Mei lalu.|
Azimah memeriksa kenderaan yang dirampas |
“Modus operandi pihak terbabit ialah bagi mengurangkan kadar cukai yang perlu dibayar kepada kastam kerana kereta lama kadar cukainya lebih rendah.
"Sebagai contoh, enam kereta Lamborghini terbabit diikrarkan tarikh pengilangan pada 2012 sedangkan siasatan dengan pengedar sah kenderaan itu menunjukkan tarikh pengeluarannya adalah pada 2016,” katanya dipetik.
MITI mensyaratkan pengimportan kereta terpakai hanya dibenarkan bagi kereta berusia satu hingga lima tahun.
Berikutan itu, dua syarikat pengimportan kereta di Shah Alam yang dikenal pasti sebagai pemilik kesemua kenderaan berkenaan kini disiasat berhubung cubaan menyeleweng dokumen, menipu usia kenderaan dan mengelak cukai.
"Perbuatan mengimport lesen tanpa Lesen Import yang sah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda 40 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tujuh tahun, katanya lagi.
0 Comments