Peranti Vape mungkin diharamkan di M'sia.


KEBELAKANGAN ini, semakin ramai golongan muda di Malaysia telah memiliki peranti vape. Datang dalam pelbagai bentuk, ia mula menjadi pilihan bagi menggantikan rokok konvensional.

Dari segi kesihatan, belum ada kajian yang benar-benar dapat meyakinkan bahawa ia lebih baik atau lebih mudarat berbanding rokok konvensional. Namun hakikatnya ramai perokok konvensional berjaya melepaskan diri dari ketagihan tembakau dengan menggunakan peranti yang menggunakan cecair ini.

Disebalik perkembangan positif itu, timbul pula budaya baru dikalangan remaja dan kanak-kanak. Mereka memiliki peranti ini sebagai sebahagian gaya hidup urban.

Kesannya, tidak mustahil peranti ini kelak bakal diharamkan di negara ini.

Baru-baru ini, peserta bengkel “Vaping Ancam Remaja” anjuran Majlis Kawalan Tembakau Malaysia sepakat menyeru kerajaan mengharamkan kemasukan dan jualan peranti vape.

Mereka memberi alasan pengharaman itu perlu bagi menghindari kanak-kanak dan remaja sekolah daripada nikotin dan penyalahgunaan dadah.

“Siapa boleh jamin tiada orang letakkan dadah dalam peranti ini? Kita tidak tahu. Kita fikir mereka letak cecair perisa sahaja,” kata Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Dr Lekhraj Rampal dipetik laporan FMT.

Peserta bengkel sepakat mahu vape diharamkan
Bengkel itu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu disertai lebih 20 wakil persatuan pengguna, Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Lembah Klang dan aktivis di Persatuan Kanser Malaysia.

Ia pertama kali diadakan bagi membicangkan isu penggunaan peranti itu dikalangan remaja.

Sementara itu, walaupun rata-rata rakyat bakal menyokong tindakan mengekang salah guna peranti itu dikalangan remaja dan kanak-kanak, kerajaan turut perlu melihat peri pentingnya peranti ini kepada kumpulan perokok elektronik yang enggan kembali kepada rokok konvensional yang dikenakan cukai.

Post a Comment

0 Comments