Mendarat di bulan: Impian rakyat India musnah


ANGAN-angan India untuk menjadi negara keempat dunia mendaratkan kapal angkasa ke bulan musnah.

Ia susulan kapal angkasa dikenali 'Vikram' yang dijadualkan mendarat pada jam 1.53 pagi Sabtu (waktu India) di permukaan satelit semula jadi Bumi itu tiba-tiba 'hilang'.

Jutaan rakyat negara itu ang teruja menyaksikan detik bersejarah  yang disiarkan secara langsung di televisyen turut hampa, manakala suasana suram menyelubungi pusat kawalan Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) di Bengaluru.

Pengerusi ISRO K. Sivan yang dipetik agensi berita antarabangsa memberitahu, Proses mendaratkan "Vikram" pada mulanya dalam keadaan seperti dirancang.
India mahu jadi negara keempat jejak bulan
Prestasi kapal angkasa itu pula berada pada keadaan normal sehingga ketinggian mencapai 2.1 kilometer dari permukaan bulan sebelum tiba-tiba terputus hubungan dengan pusat kawalan.

Julai lalu, ISRO melancarkan Chandrayaan-2 atau Moon Chariot 2  dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, pulau di pantai negeri Andhra Pradesh di selatan India.

Kapal angkasa Chandrayaan-2 seberat 3.85 tan metrik membawa perayau seberat 27 kilogram yang akan dilancarkan untuk menjalankan penerokaan di bulan. 

Pelancaran dibuat seminggu selepas kebocoran minyak memaksa percubaan sebelum ini dibatalkan

Sebelum ini, Amerika Syarikat, Rusia dan China telah berjaya mendarat di bulan. Percubaan percubaan Israel untuk menempatkan kapal angkasa “Beresheet” di bulan pada April lalu berakhir dengan kemalangan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang turut menyaksikan detik itu bagaimanapun tetap melahirkan rasa bangga dengan usaha ditunjukkan ISRO.

"Usah merasa kecewa, jatuh bangun dan kegagalan adalah lumrah kehidupan.” katanya dipetik.
 

Post a Comment

0 Comments