Wany Hasrita bikin gempar di Gong Badak


PENYANYI  'Menahan Rindu', Wany Hasrita mengemparkan perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Manakan tidak, Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2018 itu muncul juara dalam kejohanan Toyota Gazoo Racing Festival semalam.

Beraksi cemerlang di atas litar basah, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah menunjukkan kawalan kenderaan terbaik apabila mampu mengalahkan pelumba-pelumba lelaki dalam kelas selebriti.

Wany Hasrita naik podium
"Pencapaian ini paling manis selepas kali kedua menyertai perlumbaan yang begitu mencabar ini,  lebih-lebih lagi perlumbaan pertama semalam saya berada di tempat keenam," ujar Wany.

Sementara itu, Penyanyi yang kian popular, Nabila Razali menghabiskan perlumbaan di tempat kedua.

Manakala pelakon, Syukri Yahaya yang menduduki sekadar meraih tempat ketiga.

Juara musim pertama, Shawn Lee hanya meraih tempat keempat manakala juara musim kedua yang juga aktres terkenal, Diana Danielle sekadar berpuas hati di tempat kelima.

Turut beraksi dalam kelas tersebut ialah penyanyi Khai Bahar, pengacara terkenal, Nabil Ahmad, pelakon Janna Nick, Syafiq Kyle dan Ain Edruce.

Post a Comment

0 Comments