Kereta terbang, pemandu F3 nyaris maut

PEMANDU Formula Tiga (F3), Alex Peroni nyaris maut apabila jentera dipandunya terbabit dengan kemalangan negeri di Litar Monza, semalam.

Memetik laporan thesun.uk, Peroni, pemandu warganegara Australia itu dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan namun dibawa ke pusat perubatan untuk diperiksa.

Kemalangan tersebut dilapor berlaku ketika perlumbaan F3 Grand Prix Itali itu berbaki empat pusingan. Keadaan sisi litar yang pecah dan merbahaya didakwa punca kepada kemalangan tersebut.

Jentera dipandu Peroni melayang |Sumber - Google
Susulan itu penganjur menghentikan sesi ketiga latihan bebas perlumbaan Formula Satu (F1).

Sementara itu, kemalangan yang berlaku membangkitkan semula kebimbangan berhubung tahap keselamatan dalam perlumbaan.

Seminggu sebelum ini, selepas seorang pelumba Formula Dua (F3) Anthoine Hubert terbunuh dan seorang lagi koma dalam perlumbaan di Grand Prix (GP) Belgium.

BACA:
Pemandu F2 maut kemalangan di Gran Prix Belgium

Pemandu telah meminta penganjur memastikan sukan itu dibuat lebih selamat.

Malah pelumba Ferrari Sebastien Vettel dilapor membuat bertemu dengan badan pengendali sukan pemotoran itu untuk menuntut siasatan penuh terhadap kematian Hubert dilakukan.

Post a Comment

0 Comments