K'jaan jamin Kampung Bahru tidak akan tergadai


PEMBANGUNAN
Kampung Bharu yang bakal dijalankan tidak akan menggadaikan kepentingan orang Melayu.

Janji itu dibuat Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad pada sesi soal jawab bersama pemilik dan pewaris tanah Kampung Bharu siang tadi.

Mengulas lanjut, Khalid berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan tanah rizab tidak akan dibuka kepada bukan Melayu atau ditukar status kepada ‘freehold’ seperti termaktub dalam Akta 733 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Seksyen 14 (14).

"Saya yakin orang Melayu ada yang mampu beli. Saya beri jaminan bahawa kita takkan jual tanah Kampung Bharu kepada yang bukan Melayu.

Kampung Bahru, penempatan terakhir melayu di Kuala Lumpur
"Ini dalam syarat akta tanah, tak boleh dibuka (Kepada bukan Melayu)," jelasnya dalam majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun di Dewan Perdana Felda itu.

Sebelum ini,  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam majlis yang lain turut memberi jaminan serupa,

Jaminan itu dibuat susulan dakwaan kononnya pembangunan itu bertujuan untuk ‘mengeluarkan’ orang Melayu dari ibu kota.

"Kepentingan dan kedudukan orang Melayu menjadi teras kepada sesuatu usaha pembangunan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

"Pembangunan perlu tepati garis panduan seni bina Melayu Islam yang telah disediakan. Ini bermakna pembangunan Kampung Baru mengambil kira setiap aspek warisan dan sejarahnya dan ia akan kekal sebagai simbol kebanggaan orang Melayu di tengah ibu kota,” kata perdana menteri.

Idea pembangunan semula Kampung Bahru telah lama dibincangkan seawal tahun 80-an dan 90-an.

Pembangunan tidak terancang di kawasan berkenaan membuatkan tersisih dan ramai masyarakat asal Kampung Bharu meninggalkan kawasan tersebut sehingga menyebabkan ia didiami orang asing.

Cadangan membangunkan semula Kampung Bahru dilihat mampu menarik semula masyarakat Melayu kembali mendiami kawasan tersebut.

Post a Comment

0 Comments