Abdul Hadi perlu buktikan Pas bukan kuda tunggangan Umno




DATUK Seri Anwar Ibrahim tidak memerlukan sokongan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membolehkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menolak konsensus yang menamakan Presiden KEADILAN itu sebagai perdana menteri seterusnya menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

“Kenyataan Presiden PAS yang menolak konsensus HARAPAN tidak mendatangkan sebarang kesan langsung kepada HARAPAN.

“Kenyataan yang berbaur angkuh dan lucu ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh presiden sebuah parti yang tiada kepentingan dalam gabungan parti-parti kerajaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini dilihat menjadi penentang utama terhadap konsensus atau persetujuan disepakati HARAPAN yang menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Abdul Hadi dilihat sering membuat kenyataan berubah-ubah.

Pada Mei tahun lalu, dalam satu ceramah di Kampung Cerang Meliling dekat Jertih, Dia membuat kenyataan yang mengambarkan Tun M akan membahayakan negara jika diberi mandat bagi menggantikan Najib Razak yang ketika itu merupakan perdana menteri.
Abdul Hadi sering menukar pendirian

"Buat apa pilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin negara, beliau banyak menimbulkan masalah kepada rakyat," katanya seperti dilapor Barita Harian.

Tahun ini, ketika isu peralihan kuasa memuncak diantara pemimpin HARAPAN memuncak, Abdul Hadi membuat pula kenyataan yang mengesa Dr Mahathir mentadbir negara sehingga akhir penggal.


Sementara itu, Syed Badli mengingatkan Abdul Hadi agar tidak mencampuri urusan HARAPAN, pemimpin tertinggi PAS itu tegasnya wajar menjelaskan kepada akar umbi PAS tentang penyatuan dengan musuh ketat mereka sehingga parti itu kini dianggap sebagai "kuda tunggangan Umno".

Abdul Hadi Awang tidak perlu membuang masa dengan urusan parti lain sebaliknya beliau perlu membuktikan bahawa PAS bukanlah kuda tunggangan Umno,” katanya.

Sebagai rekod, Dr Mahathir telah sering kali menegaskan bahawa peralihan kuasa kepada Anwar tetap akan berlaku dan beliau tidak akan memungkiri janji dibuatnya melalui konsensus HARAPAN.