SIKAP kapitalis yang tamak dan gelojoh dengan aktiviti pembukaan, pembalakan dan pembakaran hutan secara berterusan menjadi punca kepada kesusahan dihadapi rakyat hari ini.
Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Shariffa Sabrina Syed Akil berkata begitu sebagai merujuk epedemik jerebu yang sedang melanda negara.
Tambahnya, selain golongan yang tamak mengejar untung itu, pemimpin negara juga perlu bertanggungjawab kerana membiarkan aktiviti seperti itu terus dilakukan kapitalis apabila tiada penguatkuasaan tegas dijalankan bagi mengekang aktiviti tersebut.
“Mereka patut disalahkan kerana nak sangat menanam kelapa sawit yang kononnya mendatangkan hasil lebih pada ekonomi negara.
“Tapi sekarang bila berlakunya jerebu siapa nak datang, pelancong pun tak nak datang kesihatan pun terganggu," tegasnya.
Tambah Sabrina, apedemik jerebu sebenarnya hanya akan merugikan negara kerana ia menyebabkan peningkatan perbelanjaan negara secara tidak langsung.
"Jadi dalam jangka masa panjang yang ruginya kita lah sebagai rakyat.” katanya dipetik Malaysiakini.
Sabrina sementara itu mengkritik kenyataan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berhubung cadangannya untuk merampas tanah petani yang melakukan pembakaran terbuka.
Tegas Sabrina kenyataan Amirudin bukan sahaja dilihat tidak peka terhadap isu sebenar tetapi juga kejam terhadap golongan petani kecil di negeri itu.
“Apa yang mereka (petani) buat tiada impak besar. Jadi kita sekarang ni tak boleh nak salahkan petani (negara) ini.
“Jerebu yang berlaku sekarang ini daripada kebakaran secara meluas di Kalimantan. Itu sebenarnya masalah yang perlu kita selesaikan, bukan petani-petani," tegasnya.
Sebagai rekod, Berdasarkan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) jerebu di Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatra manakala jerebu di Sarawak pula berasal dari Kalimantan.

0 Comments