India keluar waran tangkap terhadap Zakir Naik


MAHKAMAH khas di India mengeluarkan satu waran tangkap tanpa jaminan (NBW) yang baharu ke atas penceramah kontroversi, Zakir Naik.

Memetik laporan lapor NDTV.com, wran dikeluarkan itu adalah berhubung dakwaan pengubahan wang berikutan rayuan terbahru difailkan Direktorat Penguatkuasaan (ED).

ED dalam rayuannya mendawa telah mengenal pasti wang berjumlah INR193 (RM11.36juta) sebagai hasil dari aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara itu.

Sebagai rekod, Pada 2016, ED menyaman Dr Zakir berdasarkan laporan difailkan Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Tidak Sah (UAPA).

Satu NBW sebelum ini telah dikeluarkan ke atasnya Zakir, 53, berkaitan dakwaan itu.

Manakala pada Julai tahun ini, mahkamah mengeluarkan satu saman penduduk tetap Malaysia itu selepas mengambil kira aduan yang difailkan oleh ED terhadap peniaga barang kemas berpangkalan di Dubai, Abdul Kadir Najmudin Sathak atas dakwaan membantu pendakwah itu mengumpul dan menggelapkan dana.

NIA difahamkan telah bertindak menyita beberapa hartanah milik Zakir di negara itu termasuk Sekolah Islam Antarabangsa di Chennai, 10 unit flat, tiga gudang, dua bangunan dan tanah di Pune dan Mumbai, selain akaun bank. 

Minggu lalu, melalui peguamnya, Dr Zakir mengemukakan rayuan meminta tempoh dua bulan untuk hadir ke mahkamah berkenaan. Bagaimanapun rayuan beliau itu telah ditolak.


Post a Comment

0 Comments