Menteri sukan Indonesia berundur kerana tuduhan rasuah


MENTERI 
Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Imam Nahrawi membuat kejutan hari ini apabila meletakan jawatan dalam Kabinet.

Pengunduran Imam disahkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kepada wartawan pada Khamis.

Terdahulu, Imam dinamakan sebagai suspek dalam penyalahgunaan geran Suruhanjaya Olahraga Nasional Indonesia (KONI) oleh Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Indonesia (KPK).

"Pagi tadi saya sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Menpora.

"Saya menghormati apa yang sudah diputuskan oleh KPK, Pak Imam Nahrawi sudah menjadi tersangka (suspek) kerana urusan dana hibah dengan KONI," kata Jokowi seperti dilapor media.

Sementara itu Jokowi mengingatkan pentadbirannya agar lebih berhati-hati menggunakan perbelanjaan negara. Tegasnya setiap wang yang dibelanjakan akan diaudit oleh   Badan Pemeriksa Kewangan (BPK).

"Kalau ada penyelewengan, itu urusannya dengan pihak berkuasa," ujar Jokowi lagi.

Imam didakwa menerima suapan sebanyak Rupiah 14.7 miliar (RM4.38 juta) daripada timbalannya sekitar tahun 2014 - 2018.

Beliau juga didakwa meminta wang sebanyak Rupiah 11.8 miliar (RM3.5 juta) pada 2016 - 2018 menjadikan jumlah keseluruhan suapan yang diterimanya bernilai RM26.5 miliar (RM7.9 juta).

Menurut kenyataan KPK, Imam dipercayai telah menyalahguna kedudukannya sebagai menteri untuk menggunakan dana-dana itu untuk kepentingan peribadinya.

Post a Comment

0 Comments