SUDAHKAH anda menonton filem animasi Boboiboy Movie 2 (BBBM2)? jika sudah ucapkan tahniah kepada diri anda.
Tahukan anda, filem terbitan Animonsta Studio itu telah memecah rekod sebagai filem animasi yang berjaya mendapat kutipan jualan tiket tertinggi di Malaysia. Sejumlah RM27.7 juta sepanjang 26 hari tayangannya.
Lebih menarik, kutipan itu turut mengatasi jumlah kutipan beberapa filem animasi antarabangsa yang ditayangkan di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studio, Nizam Abdul Razak yang penerbit dan pengarah BBBM2 berkata, terharu dengan sambutan rakyat Malaysia terhadap filem berkenaan.
“Kami amat teruja dengan pencapaian BBBM2 kerana berjaya memecahkan rekod kutipan tertinggi semua filem animasi di Malaysia. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih.
“Filem ini telah ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Terima kasih kepada semua yang menyokong BBBM2,” katanya dipetik laporan media tempatan.
Menggabungkan elemen adiwira, pengembaraan dan komedi, filem BoBoiBoy pertama kali ditayangkan di layar perak pada 2016 melalui siri BoBoiBoy Galaxy.
Siri kedua ini diterbitkan melalui kerjasama Astro Shaw dengan kos RM7 juta susulan permintaan tinggi peminat yang mahu siri tersebut disambung.
BACA:Filem Boboiboy 2 pecah panggung
Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan BBBM2 membuktikan industri animasi tempatan mampu untuk bersaing dengan filem animasi antarabangsa.
“Kami berpendapat ini merupakan perkembangan yang sangat baik terhadap industri filem tempatan dan menunjukkan filem animasi Malaysia mampu bersaing dengan filem animasi antarabangsa,” katanya.
BBBM2 sudah memasuki minggu keempat tayangan dan masih menduduki carta lima keatas jumlah kutipan mingguan pawagam di seluruh negara.

0 Comments