Jenazah Mejar Mohd Zahir disambut ribuan orang


JENAZAH
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tiba di perkarangan Masjid Al Fatih di Kem Wardieburn, Setapak, kira-kira jam 1.48 pagi tadi.

Ketibaan jenazah disambut kira-kira 2,000 hadirin termasuk Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Panglima Angkatan Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, ahli keluarga Allahyarham serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham Mohd Zahir yang selesai disolatkan pada 2.43 pagi itu kemudiannya dilaporkan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, untuk dikebumikan

BACA:
'Ini persembahan terakhir'- mesej anak AR Badul
BACA: Mengidam ikan sembilang, Zahir hantar foto terakhir untuk isteri


Terdahulu, pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas berpengakalan di Melaka itu dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi

Sehubungan itu, Tentera Darat DiRaja Malayisa (TDM) menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Jenazah disolatkan awal pagi tadi | Sumber - Astro
Kematian Mohd Zahir semalam mengemparkan negara, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyifatkan kematian anak kepada pelakon Vateran AR Badul itu sebagai Syahid Akhirat.“Kematian Mohd Zahir dikategorikan sebagai syahid akhirat berikutan ia meninggal dunia ketika bertugas, sama seperti meninggal dunia dalam kebakaran dan juga lemas.

BACA: Hujan renyai iringi perjalanan terakhir Mejar Mohd Zahir

“Namun, insya-Allah kematiannya itu dapat keistimewaan, ada darjatnya dan mendapat rahmat daripada Allah,” katanya dipetik

Post a Comment

0 Comments