"DIA mahu pulang ke Tuaran untuk makan malam. Dia minta ikan sembilang," kata Rusunjan ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.
Rusunjan,57, menceritakan hajat Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terbunuh terkene tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu, Sabah semalam.
Ibu Allahyarham Mohd Zahir |
Namun jelasnya hajat untuk memasak ikan sembilang untuk anaknya itu tidak kesampiaan apabila dimaklumkan berita sedih yang menimpa Mohd Zahir.
"Saya berada di pasar apabila seseorang dari pejabat mereka hubungi saya memaklumkan berita sedih itu," tambahnya seperti dilapor media.
Mohd Zahir yang juga anak kepada pelakon dan pelawak terkenal, AR Badul itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada 9.20 pagi.
BACA: 'Ini persembahan terakhir'- mesej anak AR Badul
BACA: Jenazah Mejar Mohd Zahir disambut ribuan orang
BACA: Jenazah Mejar Mohd Zahir disambut ribuan orang
Difahamkan jenazah akan diterbangkan ke Kuala Lumpur pada jam 9.25 malam sebelum dibawa pulang kampung halaman isterinya di Perak.
Jenazah dibawa keluar dari hospital Queen Elizabeth |
"Sebagai ibu saya reda dengan apa yang berlaku. Saya harap dia boleh dikebumikan di sini tetapi isterinya mahu dia dibawa pulang ke Perak," kata Rusunjan yang kali terakhir bertemu Zahir di Kuala Lumpur bulan lalu.
Gambar terakhir untuk isteri
Sementara itu isteri Allahyarham, Nourshafinar Harun berkata beliau tidak menyangka perbualan menerusi aplikasi Whatsapp pagi sebelum kejadian menjadi perbualan terakhir mereka.
BACA: Hujan renyai iringi perjalanan terakhir Mejar Mohd Zahir
Malah katanya, suaminya sempat menghantar gambar swafoto dirinya sebelum mengadakan demonstrasi itu.
“Saya sempat berbual dengannya sekejap sekitar 8 lebih. arwah ada menghantar gambar swafoto dirinya yang sedang bersiap sedia untuk melakukan demonstrasi.
“Tak sampai sejam, saya terima panggilan memaklumkan arwah meninggal dunia terkena tembakan. Tak sangka itulah swafoto terakhir daripada arwah,” katanya dipetik.
“Tak sampai sejam, saya terima panggilan memaklumkan arwah meninggal dunia terkena tembakan. Tak sangka itulah swafoto terakhir daripada arwah,” katanya dipetik.
0 Comments