Pengguna facebook fitnah Tengku Maharani Kelantan


ADINDA
Sultan Kelantan, membuat laporan polis berkaitan satu fitnah yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook sejak beberapa hari yang lalu.

Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra diwakili sepupu, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa semalam.

Peguam Majdah Muhamad yang mewakili Tengku Amalin berkata, baginda sendiri menitahkan laporan polis dibuat terhadap seorang pemilik akaun Facebook bernama Shaiful Afzan kerana membuat fitnah berat terhadapnya.

Baginda Tengku Maharani Putri Kelantan
Difahamkan, individu tersebut membuat komen jelek di laman Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 0.2 apabila mengatakan adinda Sultan Kelantan bukanlah puteri bongsu Sultan Ismail Petra bersama Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Individu turut mendakwa pasangan diraja itu dikatakan hanya mempunyai tiga orang putera sahaja dan mendakwa Tengku Amalin hanyalah anak angkat dan berasal dari kampung.

“Hantaran tersebut tersebar di laman IRDK yang mempunyai ramai pengikut dan komen dibuat oleh Shaiful Afzan adalah fitnah berat terhadap baginda.

 “Fitnah sebegini di media sosial sangat berat dan tindakan tegas perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada pemfitnah supaya tidak berulang pada masa depan,” katanya pada sidang akhbar di IPD di sini hari ini.

header ads
Majdah menegaskan laporan polis dibuat bertujuan supaya fitnah berkenaan dihentikan dan siasatan rapi dijalankan oleh pihak polis.

Sebagai rekod, Tengku Amalin merupakan adinda bongsu Sultan Muhammad V, baginda memakai gelaran Tengku Maharani Putri Kelantan.

Baginda berkelulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa dan pernah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Kota Bharu bermula pertengahan tahun 2006 hingga 2009.

Berkahwin dengan Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Pengiran Mohamed Bolkiah pada 27 Jun 2013, baginda dikurniakan dua puteri berusia 5 serta 3 tahun.

Tengku Amalin dikenali rakyat Kelantan sebagai puteri raja yang mengamalkan cara kehidupan sederhana dan tidak bermewah-mewah.

Post a Comment

0 Comments