Adegan 'jumanji' di Tganu belum berakhir


NAMPAKNYA, insiden haiwan liar berkeliaran di Terengganu belum berakhir.

Sebelum ini kita digemparkan dengan kemunculan harimau yang dinamakan 'Awang Besul' di Dungun.

Kehadiran harimau spesis Malaya itu menarik perhatian ramai kerana ia bertindak bertentangan dengan sifat semulajadi haiwan pemangsa itu.

Tak ubah seperti filem terkenal jumanji, negeri itu menerima kehadiran pelbagai jenis haiwan selepas Awang Besul. Media melaporkan kehadiran ikan paus, gajah, beruang dan terkini harimau kumbang.

Harimau kumbang tersebut ditemui berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kampung Besul Lama sejak dua minggu lepas.

header ads
Seorang penduduk, Nur Mazila Mohd Salleh, 37, berkata kejadian terbaru berlaku malam semalam yang mana beliau melihat sendiri seekor harimau kumbang berkeliaran di sekitar rumahnya, di blok H taman perumahan itu.

Nur Mazila berkata, ia kali ketiga dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini dia melihat harimau kumbang tersebut.

"Kami memang hidup dalam ketakutan dan anak-anak tidak dibenarkan keluar rumah untuk bermain seperti biasa.

Kami berharap harimau ini dapat ditangkap secepat mungkin agar kami boleh menjalani kehidupan seperti biasa," katanya dipetik laporan Bernama.

Nur Mazila sebelumnya memuat naik sekeping gambar harimau di laman Facebook bagi meminta bantuan mendapatkan nombor telefon Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu. 

Status tersebut telah dipadam sebaik sahaja aduan dibuat kepada Perhilitan.

BACA: ‘Awang Besul’ harimau yang mati tinggalkan nama

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata telah menerima aduan  dan beberapa kakitangan digegaskan ke lokasi untuk memasang perangkap.

Pada masa sama, beliau menasihatkan penduduk agar terus berhati-hati sementara haiwan itu masih bebas.

Post a Comment

0 Comments