
SEORANG bayi berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia akibat jerebu teruk.
CNN Indonesia dalam laporannya berkata, mangsa, Elsa Pitaloka mengalami kesukaran bernafas pada Sabtu.
![]() |
Petikan laporan media tempatan |
Ketua Agensi Kesihatan Banyuasin, M Hakim berkata, Elsa dipercayai meninggal dunia akibat radang paru-paru kerana menghirup zarah jerebu toksik.
“Elsa dilahirkan sebagai bayi sihat dan normal serta tidak mempunyai sebarang penyakit. Masalah pernafasan itu menyerangnya secara tiba-tiba,” kata wakil dari kampung Talang Buluh, Agus Darwanto pula.
Sebelumnya, kampung didiami keluarga Elsa dai Talang Buluh, Bunyuasin terjejas teruk susulan jerebu yang turut melanda negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.
Lapan ratus isi rumah diperkampungan itu terpaksa berdepan jerebu toksid yang berpunca dari aktiviti pembakaran kawasan hutan dan pertanian.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia melihat perlunya satu tindakan jangka panjang dilaksana bagi menangani masalah jerebu yang melanda negara Asia Tenggara saban tahun,
Menteri Tenaga, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin baru-baru ini mahu Akta jerebu rentas sempadan segera diwujudkan bagi menjamin penguatkuasaan undang-undang berkaitan isu alam sekitar itu dengan lebih efisyen diantara negara serantau.
0 Comments