AMK P.Pinang lancar petisyen bantah naik cukai pintu


PENAIKTARAFAN
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) seperti diumum baru-baru ini menimbulkan keresahan penduduk di kawasan tersebut.

Mereka bimbang, penarafan baharu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal menyebabkan tarid cukai pintu sedia ada dinaikkan.

Susulan itu, ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang melancarkan satu petisyen bagi menggesa tarif cukai tersebut terus dikekalkan.

Ketuanya, Fahmi Zainol berkata, kenaikan cukai pintu dikawasan itu hanya akan memberi kesan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan ke bawah.

"AMK Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk melancarkan petisyen bantahan bagi membantu seluruh penduduk Seberang Perai, Pulau Pinang.

"Setiap penduduk Seberang Perai boleh bersama kami dengan mengisi borang secara talian. Kami yakin jika ramai yang membantah, kerajaan negeri akan mengkaji semula kenaikan ini," katanya dipetik.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebelum ini dilapor berkata, kenaikan perlu dilakukan selepas kadar cukai taksiran sedia ada tidak disemak sejak 15 tahun lalu.

Ia juga perlu dilakukan kerana peningkatan kos pengurusan yang terpaksa ditanggung pihak berkuasa tempatan (PBT) selain mengelak impak lebih tinggi kepada pembayar cukai pada masa akan datang.

header ads
Sementara itu, Fahmi ketika mengulas mengenai petisyen itu berkata,  bantahan akan dikumpulkan seberapa banyak mungkin oleh pimpinan AMK Pulau Pinang akan diserahkan terus kepada Kon Yeow dan Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud.

Sehubungan itu beliau menyeru penduduk Seberang Perai Pulau Pinang untuk bersama-sama dalam kempen berkenaan dengan mengisi borang yang disediakan secara atas talian.

Post a Comment

0 Comments