Warga Myanmar dalang kad palsu ditahan


SEJAK bertahun lalu, warga asing menjadikan negara kita sudah dijadikan negara kedua mereka.

Kebanjiran warga asing ini mencetuskan banyak masalah. Mereka bukan sahaja merampas peluang pekerjaan warga tempatan, lebih membimbangkan 'tetamu' tak diundang ini turut terlibat dalam aktiviti jenayah.

Terbaru, seorang lelaki warga Myanmar ditahan pihak polis pada rabu.

Memetik laporan Sinar,lelaki berusia 45 tahun itu ditahan dalam serbuan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Rabu kerana terlibat dengan pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid dipetik berkata, siasatan mendapati lelaki itu menjual kad berkenaan dengan harga RM30 kepada rakan senegaranya sejak dua bulan lalu.

Pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut juga menjumpai empat keping i-kad, tiga keping pasport Myanmar dan lima keping kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang disyaki palsu.

Polis dilapor turut merampas beberapa peralatan untuk mencetak.

Kesemua barang rampasan dan suspek telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk siasatan lanjut dan suspek direman dibawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Tahukah kita, sebagai warganegara kita memikul tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dengan tidak sewenangnya menggaji atau melindungi warga asing.

Anda boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 tapi tidak lebih RM50,000 setiap seorang warga asing tanpa izin atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah mengambil mereka sebagai pekerja.

Atau didenda tidak kurang RM10,000 setiap seorang warga asing atau penjara maksimum 5 tahun jika bertindak melindungi mereka.

Post a Comment

0 Comments