Saksi SPRM dedah Najib beli hadiah RM3.2 juta


BEKAS Presiden Umno, Najib Razak dilapor bermewah-mewah di sebuah butik terkenal di Itali.

Saksi pendakwaan ke-57 dalam kes salah guna wang SRC International mendedahkan bekas perdana menteri itu membelanjakan kira-kira RM3.2 juta untuk membeli hadiah buat seorang isteri bekas pemimpin Qatar.

Rosli Hussain | Sumber - theadgemarkets
Rosli Hussain yang merupakan pegawai penyiasat Suruhajaaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membangkitkan perkara itu ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Read berkenaan transaksi kad kredit Najib di butik barang kemas mewah Swiss, De Grisogono pada prosiding kes tersebut siang tadi.

Rosli berkata, Najib dalam keterangan kepada SPRM mendakwa transaksi RM3.2 juta pada 8 Ogos 2014 itu bertujuan membeli hadiah kepada individu itu

Sebagai rekod, De Grisogono adalah butik barangan kemas mewah Swiss yang diasaskan di Geneva, Switzerland pada tahun 1993 oleh pakar berlian hitam Itali berasal dari Lubnan, Fawaz Gruosi.

Najib didakwa membuat transaksi pembelian tersebut dengan menggunakan kad kredit miliknya.
 
Sementara itu, tinjuan di laman portal Malaysiakini mendapati rata-rata warganet mempersoalkan tujuan pemberian hadiah tersebut.

Mereka beranggapan nilai sebanyak itu sewajarnya digunakan untuk membantu golongan memerlukan di negara ini.

"RM 3 juta kalau bagi RM1000 sebulan dekat ibu tunggal. Dapat mengurangkan beban 250 ibu tunggal selama setahun," kata Zulkarnaen Paiman.

Post a Comment

0 Comments