Isu Bendera: Aziz Bari dakwa kenyataan disalah tafsir


KEBELAKANG ini, isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik mendapat tempat dihati rakyat. Ramai tiba-tiba  jadi patriotik.

Sebahagian mereka benar-benar perihatin terhadap isu ini, manakala sebahagian yang lain sekadar terikut-ikut emosi tanpa menyemak kesahihan berita disampaikan itu.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari mendakwa menjadi mangsa kecaman setelah kenyataan beliau berhubung isu Jalur Gemilang disalah tafsirkan.

Naik Pengerusi DAP Perak itu berkata  golongan ekstremis kanan  sengaja menjadikan kenyataanya sebagai isu bagi memburukkan dirinya dan juga parti dianggotainya.

“Saya kata apa kena mengena bendera terbalik (Jalur Gemilang) dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Saya juga tak suruh pun orang pasang bendera terbalik," katanya.

Semalam, Abdul Aziz dilapor berkata, tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.

Susulan itu Abdul Aziz mencadangkan kerajaan Persekutuan mengusulkan undang-undang baharu ke Parlimen khusus berkenaan Jalur Gemilang kerana akta mengenainya tidak khusus dan bercerai-cerai.

Akta yang dicadangkan nanti jelasnya perlu dengan terperinci menjelaskan bentuk, warna dan cara memasang Jalur Gemilang termasuk menyenaraikan tindakan-tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang.

“Perkara yang sama juga perlu dibuat untuk bendera negeri-negeri. Langkah sedemikian perlu untuk mengelakkan isu-isu remeh terus dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu serta menghentikan tindakan melampau,” jelas pakar perlembagaan itu lagi.

Post a Comment

0 Comments