Pelajar M'sia meninggal ketika berkhemah sendirian



PENUNTUT Malaysia di Ohio Amerika Syarikat (AS) dilapor meninggal dunia selepas 10 hari hilang di kawasan hutan.

Memetik laporan Berita Harian, pelajar tersebut yang dikenali sebagai Afifi Hakimi Hussen, 23 sebelumnya keluar mendaki dan berkhemah sendirian dan setakat ini, belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian yang menimpanya.

Petikan perkongsian laman sosial | Sumber- BH
Difahamkan, berita kematian Ohio State University, AS itu telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa yang tinggal di Senawang, Negeri Sembilan.

Berdasarkan maklumat dikongsi di laman sosial, mangsa menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan dijangka bakal menamatkan pengajiannya pada Disember ini.

Afifi, anak bongsu daripada tiga beradik dikatakan baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 pada 13 Ogos lalu, beliau menyambung pengajian di AS setelah ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menuntut di Kolej Pendidikan Intec, Shah Alam.

Ibu dan bapa mangsa yang bekerja sendiri dikatakan sedang berusaha mendapatkan visa kecemasan daripada kedutaan AS bagi berangkat ke sana untuk menguruskan jenazah.

Berita Harian dalam laporan yang dipetik juga memaklumkan JPA ketika dihubungi mengesahkan insiden itu, namun menurut laporan itu lagi jenazah mangsa sudah dikebumikan di sana.

Post a Comment

0 Comments