Tujuh terbunuh dalam insiden feri terbakar



INSIDEN feri terbakar di luar pantai pulau Sulawesi Indonesia semalam meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.

Difahamkan, feri yang membawa puluhan penumpang itu dalam perjalanan dari Sulawesi Tenggara ke sebuah pulau di Sulawesi Tengah terbakar sejurus selepas tengah malam.

Dalam kejadian tersebut, empat individu dilaporkan hilang.

Bagaimanapun jumlah sebenar penumpang tidak diketahui, ketika seramai 50 peumpang disenaraikan, penduduk tempatan berjaya menemukan 61 orang terselamat.

Jurucakap polis tempatan, Harry Goldenhard dalam kenyataan pihak berkuasa berkata, api tiba-tiba tercetuk pada enjin dan merebak pantas ke bahagian lain.

Usaha mencari mangsa yang masih hilang masih giat dijalankan.

Post a Comment

0 Comments