NELAYAN di perairan Muar gempar dengan penemuan seekor bangkai ikan yu paus seberat lima tan.
Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman berkata bangkai ikan spesies Rhincodon Typus itu hanyut di perairan Tanjung Tohor sebelum dibawa sekumpulan nelayan ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa.
“Dianggarkan ukuran yu paus ini sepanjang 6.1 meter dan lebar 1.5 meter, jantinanya masih belum dikenal pasti.
Bangkai yu paus yang ditemui | Sumber - Google |
“Kami percaya yu paus ini mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya dan sebelum ini nelayan tidak pernah menjumpai ikan spesies itu di sini,” katanya.
Terdahulu, gambar ikan itu tular di laman sosial dan insiden itu menarik perhatian ramai. Ikan yu paus merupakan antara hidupan marin yang diketegorikan sebagai terancam.
Sementara itu tambah Mohd Faris, pihaknya akan menghantar bangkai tersebut ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu bagi menjalani proses bedah siasat.
“Unit Perlindungan Sumber, akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar ikan ini,"tambahnya.
0 Comments