PANDANGAN| Orang Melayu dulu mungkin tidak berapa cerdik sebab serba kekurangan. Kurang makan, kurang kesihatan dan kurang pelajaran.
Mereka makan ubi kayu dengan sambal belacan dan ikan salai apabila keputusan beras. Mereka berubat cara kampung dengan ramuan herba, serapah dan jampi.
Mereka mengaji (belajar) di sekolah rakyat, pondok dan madrasah yang ajar hal dunia dan akhirat. Mereka berfikiran terbuka dan sering berlapang dada.
Mereka tidak jaga tepi kain orang (kecuali kalau kain jemaah kotor terkena lumpur waktu masuk masjid).
Dengan belajar dan memerhati alam sekeliling, mereka menjadi pandai. Maka mereka berjaya tinggalkan kepada kita banyak kebijaksanaan, contoh dan teladan.
Kepada mereka, orang yang berfikiran cetek dan selalu susahkan diri sendiri, mereka kata tidak ada beban batu digalas.
Tentulah lagi bodoh orang yang sudah pun ada beban tetapi cari beban baru atau ambil alih beban orang lain. Kerja macam ini bolehlah kita kata, galas biawak hidup.
Hormat satu sama lain
Nampaknya inilah yang sedang berlaku. Kita sudah banyak beban sendiri tapi kita galas juga beban yang orang lain tinggalkan – macam beban kehadiran penceramah warga negara India Zakir Naik.
Kita pun tahu, di India orang Hindu bunuh orang Islam dan orang Islam bunuh orang Hindu adalah perkara biasa. Hasutan agama dianggap sebahagian daripada amalan demokrasi.
Kita di Malaysia lain. Kita hormat agama dan kepercayaan satu sama lain.
Malaysia negara berbilang bangsa |
Jadi Maaf cakaplah kalau saya kata bahas melampau mengenai pelbagai isu sampingan telah menyebabkan masyarakat kita menjadi radikal dan semakin berbau perkauman.
Saya gembira mendengar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, pada 15 Ogos, yang kerajaan sedang bertindak tegas ke atas orang yang terbabit menyebabkan ketegangan ini.
Begitu juga dengan kenyataan bersama pada hari yang sama oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Bersatu, Muhyiddin, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mengenai hal yang sama.
Adalah amat berbahaya dan merugikan apabila seorang Tan Sri sanggup membuat kenyataan yang menafikan sumbangan anggota angkatan tentera.
Dia sudah dikutuk dan telah memohon maaf. Tetapi saya rasa adalah wajar gelaran beliau ditarik balik oleh kerana Yang di-Pertuan Agong yang menganugerahkan gelaran tersebut adalah juga pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Cukuplah bahas rentang khat. Maaf cakaplah kalau saya kata ia tidak akan membawa ke mana-mana.
Apa maknanya khat kalau penguasaan tulisan dan bacaan jawi umpama reput atas jalan - hidup segan mati tak mahu?
Mungkin
Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) kita ini genius sampai kita yang
berintelek biasa ini tidak faham tindak-tanduk dia.
Tapi bagi saya, yang lebih membimbangkan bukan hendak belajar atau tidak hendak belajar khat.
Yang
lebih membimbangkan ialah mutu pendidikan kita yang tidak menyerlah dan
kegagalan dasar dwibahasa. Hari ini penguasaan bahasa Inggeris lemah
dan penguasaan bahasa Melayu tidak kuat.
Zakir Naik | Sumber - Google |
Kita
kena ingat bukan orang Islam saja import penceramah agama. Agama-agama
lain pun buat juga. Jadi tidaklah adil kita tumpukan kepada Zakir Naik
atau Islam saja.
Saya cukup hairan pasal apa kita gila sangat nak import penceramah macam Zakir Naik ini?
Adakah ini bermakna sistem pendidikan Islam kita gagal dan ilmuwan Islam kita hambar?
Justeru
itu saya cadangkan pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri,
Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen kaji balik dasar kemasukan
pendakwah, paderi dan sami asing dan pantau kegiatan mereka dengan lebih
teliti.
Mana-mana yang didapati melanggar syarat kemasukan,
khususnya membahayakan ketenteraman awam, wajib dikenakan tindakan
termasuk diusir keluar.
Berhenti layan idealisme songsang
Berhenti layan idealisme songsang
Dalam
konteks ini saya faham dan bersimpati dengan anggota kabinet, termasuk
orang muda yang sentiasa saya doakan menjadi perdana menteri satu hari
nanti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Zakir Naik dikeluarkan
daripada negara kita.
Kalau Zakir Naik ini sehebat yang
diuar-uarkan oleh sesetengah pihak, saya yakin dia tidak akan menghadapi
apa-apa bahaya jika dia balik ke negara asalnya atau dia boleh pergi ke
mana-mana negara sekali pun.
Syed Saddiq gesa Zakir diusir |Sumber - TMI |
Dia boleh pergi ke salah sebuah
negara Islam yang seratus peratus Islam macam Arab Saudi supaya dia
boleh bebas berdakwah tanpa menghasut mana-mana pihak.
Atau dia
boleh pergi ke negara bukan Islam macam Amerika Syarikat, Australia dan
negara-negara Kesatuan Eropah di mana syiar Islam sedang berkembang
dengan pesat.
Tidak payahlah kita dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) bergaduh sesama
sendiri dan berpecah-belah kerana isu Zakir Naik ini kerana dia bukan
ciptaan kita pun.
Dia dibawa masuk dan, khabarnya, dibagi taraf pemastautin tetap pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).
Saya
rasa orang Islam Malaysia sekarang pecah-belah bukan kerana politik
saja tetapi juga kerana dogma agama yang di bawa balik oleh penuntut
kita yang belajar di negara-negara gagal (failed states) dan oleh pendakwah asing dari negara-negara Islam yang gagal.
BACA: Usah manipulasi Zakir Naik demi politik
BACA: Usah manipulasi Zakir Naik demi politik
Sekali
lagi saya merayu. Cukuplah kita membazirkan masa ke atas
perkara-perkasa remeh-temeh dan melayan idealisme songsang dan pemikiran
tidak rasional.
Maaf cakaplah kalau saya kata, cara sesetengah
orang kita mempertahankan Zakir Naik ini seolah-olah dia seorang lebih
penting daripada berjuta orang peneroka Felda, pekebun kecil Felcra,
penanam padi, nelayan dan penduduk PPRT.
Kerja bodoh; kera di hutan disusukan anak di rumah mati kebuluran.
A KADIR JASIN ialah penasihat media dan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, beliau merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd.
Tulisan ini disiarkan di blog beliau dan ia tidak mencerminkan pendirian rasmi Kartel.
0 Comments