Bekas penjaga gol Harimau Malaya tutup usia



PENJAGA gol Terengganu Football Club (TFC) Mohd Suffian Abdul Rahman meninggal dunia kira kira jam 1.40 petang tadi.

Berita menyedihkan itu turut dikongsikan laman Facebook HarimauMalaya.

Sebelum ini, pemain berusia 41 tahun yang lebih dikenali dengan nama panggilan 'Pian Tiger'itu dikatakan terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sejak awal bulan ini kerana dikatakan menghadapi masalah jantung.

Kehilangan lebih dirasai apabila sepak mula perlawanan antara Terengganu (TFC) dan Negeri Sembilan dalam saingan kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan berlangsung malam ini.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu dianggap antara watak penting dalam kejayaan pasukan berkenaan untuk muncul naib juara Piala Malaysia dan menduduki tangga keempat Liga Super pada musim lalu.

Pemain paling senior dalam Liga Malaysia (Liga M) itu menyarung jersi TFC bermula sejak pertengahan 2017. Beliau  beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Post a Comment

0 Comments