Teraju utama filem Easy Rider tutup usia.



PELAKON veteran Amerika Syarikat (AS), Peter Fonda, yang terkenal dengan filem klasik 'Easy Rider' tahun 1969, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun, laporan The New York Times.

Menurut keluarganya, Fonda meninggal di rumahnya di Los Angeles akibat masalah respiratori kesan daripada kanser paru-paru.

Mendiang memulakan kerjaya sebagai pelakon di pentas Broadway di New York sebelum terlibat dengan beberapa filem lain. Beliau merupakan anak kepada pelakon Henry Fonda, dan adik lelaki kepada pelakon dan aktivis Jane Fonda.

Filem ‘Easy Rider’ dapat disifatkan sebagai filem ikonik yang telah menaikkan nama Fonda.

Beliau bergandingan dengan aktor ternama lain seperti Dennis Hopper dan Jack Nicholson untyk menulis skrip dan menerbitkan filem berkenaan.

Filem ini mengisahkan pengembaraan Wyatt (Fonda) dan Billy (Hopper) dari Los Angeles ke New Orleans, mereka bertemu dengan watak luar biasa di sepanjang jalan

Easy Rider berjaya menerima pencalonan Lakon Layar Terbaik, Anugerah Akademi.

Fonda turut pernah dicalonkan sebagai Aktor Terbaik dalam Anugerah Oscar pada 1997 menerusi filem ‘Ulee’s Gold'.

Post a Comment

0 Comments