Tahukah? M'sia ada dua taman tema terbaik Asia.


TAHUKAH anda, dua taman tema yang berada di negara kita tersenarai dalam 25 Taman Paling Menghiburkan di Asia.

Malah kedua-duanya menerima pengiktirafan dari TripAdvisor, sebuah badan penilai pelancongan berpengkalan di Amerika.

Taman tema tersebut ialah The Lost World of Tambun dan Legoland Malaysia masing-masing tersenarai di tangga ke-24 dan ke-25 senarai TripAdvisor's 2019 Travellers' Choice Awards.


Lost World of Tambun
Kedudukan dalam anugerah itu ditentukan berdasarkan kuantiti dan kualiti ulasan serta rating yang diberikan jutaan pengembara.

The Lost World of Tambun merupakan sebuah taman tema yang terletak di bandar bersejarah Ipoh.

Dibuka kepada umum pada 2004, ia merupakan taman tema semulajadi terbesar di negara ini.

Berlatar belakangkan landskap bukit dan gunung, lokasi itu menawarkan sembilan taman tema berbeza termasuk Water Park, Lost World Amusement Park, Hippo Kingdom dan Luminous Forest.

Manakala  Legoland Malaysia di Iskandar Puteri, Johor Bahru, pula menggabungkan taman tema berasaskan bata Lego yang turut meliputi taman tema air serta hotel.
Lego Land Malaysia
Ia dibangunkan atas tanah seluas 50 padang bola sepak,dianggap sebagai terbesar di dunia, ia mempunyai 15,000 model Lego menggunakan 60 juta bata Lego.

Dibuka kepada umum pada 2012, ia menawarkan lebih 70 permainan bagi menarik minat pengunjung yang gemarkan cabaran.

Selain itu, taman ini juga dianggap destinasi pendidikan terbaik seisi keluarga.


Post a Comment

0 Comments