KEADILAN tubuh 219 Cabang, kumpul 1 juta ahli


PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) mensasarkan untuk memiliki 222 buah Cabang menjelang Kongres Nasional parti itu pada awal Disember ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata sehingga kini terdapat 219 buah Cabang parti itu di seluruh negara.
Mohd Rashid Hasnon | Sumber - Google
 

"Cabang Tanjung Piai yang dirasmikan penubuhannya ini merupakan cabang KEADILAN ke-219," katanya dipetik laporan Sinar harian.

Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat itu sebelumnya merasmikan Mesyuarat Agung KEADILAN Cabang Tanjung Piai bagi kali pertama di Pusat Perdagangan Pontian baru-baru ini.

Difahamkan, KEADILAN merancang untuk merasmikan Cabang KEADILAN Mersing sebagai Cabang parti itu yang ke-220 diikuti dengan dan Tanjung Manis di Sarawak tidak lama lagi.

Sementara itu, KEADILAN kini dilapor telah mencapai jumlah keahlian satu juta orang.

Mohd. Rashid berkata, pertambahan sebanyak 600,000 berbanding hanya 400,000 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu menunjukkan satu peningkatan yang tinggi.

Post a Comment

0 Comments