Terminal KLIA alami gangguan sistem



KEDUA-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terganggu susulan mengalami gangguan sistem.

Gangguan itu yang mula dikesan malam tadi menyebabkan sambungan WiFi Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) tidak dapat berfungsi.

Bagaimanapun, Malaysia Airports sebagai operator kedua-dua terminal itu daam kenyataan berkata, semua masalah itu sedang diperbaiki ketika ini bagi melancarkan kembali operasi di terminal-terminal berkenaan.
"Pasukan kami telah bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan tetapi juga meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang.

"Kami akan mengeluarkan maklumat terkini selanjutnya mengenai situasi ini sama ada menerusi platform media sosial atau siaran akhbar.

"Mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," kata Malaysia Airports dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu difahamkan, masalah tersebut tidak menjejaskan jadual penerbangan.  Malah sebahagian masalah yang dihadapi telah turut dapat diatasi

Bagaimanapun, bagi melancarkan lagi penerbangan, kakitangan lapangan terbang ditugaskan membantu penumpang di terminal berkenaan.

Malaysia Airport juga menasihati penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan mereka dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini.


Post a Comment

0 Comments