Nero, tanda setia seekor anjing


ANJING boleh dianggap sebagai teman baik manusia, ia akan sentiasa setia dan melindungi tuannya.

Kisah kesetiaan seekor anjing sudah sering kita dengar, yang paling terkenal sudah tentu kisah Hachiko, anjing dari baka Akita Inu.

Selama lebih 7 tahun Hachiko menanti kepulangan tuannya di Stesen Keretapi Shibuya setiap hari tanpa menyedari bahawa tuannya, seorang profesor di sebuah universiti telah pun meninggal dunia.

Kisah Hachiko bukan sahaja menarik perhatian warga Jepun, malah ia diabadikan dalam sebuah filem bertajuk Hachi yang dibintangi Richard Gere.

Itu kisah di Jepun, di Scotland lain pula ceritanya.

Seekor anjing membuktikan kesetiaan kepada tuannya sehingga ke hujung nyawa.

Baru-baru ini, seorang pesakit kanser otak yang bertarung nyawa sejak lapan tahun lalu meninggal dunia.

Apa yang lebih memilukan ialah selepas pemuda itu, Stuart Hutchison menghembuskan nafas terakhir, seekor anjing kesayangannya menyusul pemergian tuannya.

Stuart bersama Nero | Sumber - Metro
Nero merupakan anjing jenis baka French Bulldog yang dipeliharanya sejak sekian lama.

“Anak saya membela tiga ekor anjing tetapi Nero yang paling disayangi. Nero sentiasa ada bersamanya,” kata ibu Stuart, Fiona Conaghan dipetik portal Daily Star.

Fiona turut beranggapan kematian Nero nyata menunjukkan kesetiaan haiwan itu terhadap tuannya.

Post a Comment

0 Comments