TINDAKAN seorang lelaki merampas sebuah bas penuh penumpang dengan bersenjata pistol palsu membawa padah.
Dalam kejadian di Brazil pada Selasa itu, perampas berkenaan akhirnya menerima padah selepas terkena tembakan dilepaskan penembak tepat.
Agensi berita antarabangsa AFP dalam laporannya berkata, individu tersebut yang dinamakan sebagai Willian Augusto da Silva, dia dianggap psikotik.
Laporan itu juga menyebut, lelaki berusia 20 tahun itu menjadikan puluhan penumpang dalam bas tersebut sebagai tebusan untuk beberapa jam.
Terdapat kira-kira 37 penumpang di dalam bas ketika ia dirampas dengan enam penumpang dibebaskan hasil rundingan.
Pihak berkuasa turut dilapor melepaskan tembakan sebaik perampas seketika dari bas terbabit. Pihak polis khuatir beliau akan bertindak membakar kenderaan itu.
“Lelaki itu menempatkan botol plastik yang mengandungi petrol di beberapa bahagian dalam bas,” kata Jurucakap polis, Leftenan Kolonel, Maurilio Nunes.
Menurut polis lagi, lelaki terbabit turut memiliki pistol pegun atau ‘stun gun’, pemetik api dan botol plastik berisi petrol ketika melakukan rampasan itu.
Dalam kejadian di Brazil pada Selasa itu, perampas berkenaan akhirnya menerima padah selepas terkena tembakan dilepaskan penembak tepat.
Agensi berita antarabangsa AFP dalam laporannya berkata, individu tersebut yang dinamakan sebagai Willian Augusto da Silva, dia dianggap psikotik.
Suspek dilapor meninggal di hospital | Sumber- ABC news |

0 Comments