Selamatkah melancong ke Bangladesh?



MELANCONG ke Bangladesh? Bunyinya agak aneh. Tidak ramai kaki travel memilih lokasi ini berbanding destinasi lain contohnya Indonesia atau Thailand.

Masjid 66 kubah
Sebenarnya Bangladesh bukanlah lokasi yang kurang menarik untuk dilawati. Ia sebenarnya sebuah negara yang cantik dan mempunyai keunikan tersendiri.

Sebab itu jika kesana jangan lupa ke antaranya Taman Negara Sundarbans atau ke Masjid 66 Kubah yang dibina ketika era kesultanan Sultan Nasiruddin Mahmud Shah pada abad ke-15.

Mungkin boleh juga melawat Sonargaon, ibu kota lama di wilayah bersejarah Bengal ketika zaman kolonial British, Dipenuhi bangunan Indo-Saracenic, kawasak itu dulunya merupakan pusat pentadbiran di bahagian timur Bengal yang kini ditinggalkan.

Jika di Hatyai ada pasar terapung Klong Hae begitu juga Bangladesh, Pasar terapung Barisal yang dikenali juga sebagai Venice of Bengal tidak kurang hebatnya.

Tinggalan bandar Sonargaon
Namun persoalanya selamatkan melancong ke negara itu?

Beberapa perkongsian rakyat kita di laman sosial menyatakan bahawa melancong ke negara itu boleh dianggap selamat, namun ada juga beberapa laporan berlakunya jenayah ragut dan seluk poket. 

Perkara itu sememangnya berlaku di mana-mana negara, cuma jika anda melancong, anda perlu sentiasa waspada terutama di kawasan-kawasan sesak dan sibuk.

Dan ya, anda memerlukan Visa jika mahu melancong ke negara itu.

Kebimbangan

Namun jika anda bercadang mahu ke negara itu dalam masa terdekat ini, anda wajar menangguhnya dahulu. Selain ketegangan antara Bangladesh dengan India, ada isu lain yang lebih membimbangkan.

Venice of Bengal
Sejak Januari lalu, hampir 30,000 penduduk di negara itu terutama di Dhaka dimasukkan ke hospital di Bangladesh akibat demam denggi. 

Keadaan lebih teruk apabila dua ribu pesakit dilaporkan ditahan di wad setiap hari sejak seminggu lalu.

Di Kolej Perubatan Suhrawardi di tengah Dhaka, semua wad dipenuhi pesakit denggi.

Menurut portal AFP, pihak hospital yang bergelut dengan kebanjiran pesakit terpaksa membentangkan tilam di atas lantai di luar wad sehingga ke koridor dan balkoni.

Pihak berkuasa bimbang keadaan akan menjadi semakin buruk.

Situasi keadaan di sebuah hospital tempatan
“Keadaan seperti wabak tetapi tiada siapa mahu mengaku,” kata pakar yang enggan dikenali menurut laporan itu.

Jadi, sekarang anda ada alasan  tangguhkan dulu niat ke Bangladesh. Lagi pun Malaysia juga banyak lokasi menarik yang anda belum lawati.


Post a Comment

0 Comments