EMPAT banduan Penjara Tapah, menerima berita gembira apabila diberi peluang bercuti bersama keluarga selama tujuh hari sempena perayaan Aidiladha ini.
Pengarah Penjara Tapah, Timbalan Komisioner Penjara Kamarudzaman Mamat berkata, pelepasan secara berlesen ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara keluarga dan penghuni penjara yang telah terpisah.
Tahanan yang dibenar pulang bercuti | pic- Awani |
“Ia juga sebagai persediaan kepada mereka untuk mereka berhadapan dengan masyarakat selepas dibebaskan kelak,” katanya.
Peluang tersebut diberikan kepada melalui program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) yang tertakluk dalam Seksyen 43 Pelepasan Banduan Secara Berlesen Akta Penjara Malaysia.
Melalui program itu, banduan akan dilepaskan dengan syarat-syarat tertentu selama tujuh hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut.
Antara syarat utama untuk mengikuti PBSL adalah persetujuan pihak keluarga, tahap kepulihan banduan, kemajuan banduan dalam Program Pembangunan Insan (PPI) dan disiplin mereka.
Kamarudzaman turut berharap program PBSL akan menjadi motivasi kepada banduan-banduan lain.
Beliau sementara itu menasihati banduan dan keluarga mereka agar menghargai peluang diberikan sebaik mungkin.
0 Comments