Polis kesan 11 individu sokong pengganas Daish


POLIS Terengganu mengesan 11 individu di negeri itu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas Daish.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, kesebelas individu berkenaan berusia sekitar 18 hingga 30 tahun.

Tambahnya, kebanyakan mereka yang terlibat dengan kumpuan itu sejak tahun 2013 merupakan penganggur, namun ada dalam kalangan mereka yang mendapat pendidikan sehingga peringkat ijazah.

“Mereka ini berpindah-pindah. Ada sebahagian (daripada mereka) bukannya aktif tapi menyokong (aktiviti), atau kasihan dan simpati pada apa yang disiarkan Daish dalam Facebook dan sebagainya.
“Di Terengganu, banyak berlaku (kes atas sebab) simpati,” ujar Aidi.

Jelasnya, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan berhubung kegiatan itu bagi memastikan ia tidak menular, buat masa ini tiada tangkapan baru direkodkan di Terengganu.

Sebelum ini, seorang buruh binaan yang juga ketua sel ‘wolf pack’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas lapan pertuduhan merancang pembunuhan berprofil tinggi dan serangan serangan keatas rumah ibadat bukan Islam. 

Post a Comment

0 Comments