PELANCARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 Proton Holding Berhad sebelum ini menarik perhatian ramai orang.
Rata-rata tertarik dengan penampilan premium yang terdapat pada kenderaan menggunakan asas sama dengan Geely Boyue ini.
Dijual pada harga diantara RM99,800 hingga RM123,800 model ini sebenarnya adalah sebuah SUV segmen C, yang bermakna ia lebih besar berbanding Honda HR-V, Toyota C-HR dan juga Mazda CX-3.
Nampak lebih premium dengan tona dua warna | Sumber-Proton |
Jika anda sedang berkira-kira mahu menempah X70, nanti dulu.Ini kerana Proton baru melancarkan model terhad model yang dikenali sebagai X70 EM (Edisi Merdeka).
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, model edisi terhad ini bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, ia datang dengan beberapa ciri eksklusif ditawarkan.
“Proton X70 Edisi Merdeka ini sebagai menghargai sokongan pelanggan dan kerajaan Malaysia terhadap jenama ini dan dalam masa sama menyambut hari kemerdekaan dengan penawaran model istimewa,"
Apa yang membezakan model terhad ini dengan X70 biasa ialah ia diberi sentuhan dua warna dengan bahagian bumbung dan tiang-A diwarnakan hitam quartz.
BACA: Proton Saga 2019 tampil lebih ranggi
BACA: Proton Saga 2019 tampil lebih ranggi
Visor pintu dengan plat pelindung (scuff plate) pada bampar belakang dan logo 'Merdeka Edition' pada pintu but belakang juga mengenakan warna serupa.
Lambang edisi khas di Dashbord |Sumber - Proton |
Rang dalaman pula hadir dengan alas kaki baru, pelapik but belakang dan lambang 'Merdeka Edition' dengan nombor siri pengeluaran khas yang pasti membezakan kenderaan milik anda dengan orang lain.
Tiada perubahan pada enjin, ia masih menggunakan enjin 1.8 liter turbo yang mampu menjana sehingga 181 hp/285 Nm tork yang dipadankan dengan sistem pacuan enam kelajuan automatik.
Edisi Merdeka ini ditawarkan pada harga RM126,100 dengan dua warna pilihan iaitu Putih Snow atau Merah Flame.
Ia cuma dikeluarkan sebanyak 62 unit sahaja.
0 Comments