BEKAS Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno kehilangan kerusi Parlimen P176 Kimanis dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Ia susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu siang tadi yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di kerusi itu.
Hakim Lee Heng Cheong berkata keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati ada unsur-unsur manipulasi yang telah mempengaruhi keputusan pada PRU lalu.
Ia antaranya termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang merupakan kesalahan serius.
Susulan itu mahkamah turuut memerintahkan agar Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan segera.
Sebagai rekod, pada Jun tahun lalu, calon Warisan, Karim Bujang memfailkan satu petisyen agar mahkamah menilai semula keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu di kerusi berkenaan. Mahkamah Pilihan Raya di Kota Kinabalu pada 19 November tahun lalu, menolak petisyen itu.
Bagaimanapun, pada 18 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan petisyen pilihan raya parlimen Kimanis yang difailkan itu dibawa semula kepada Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu untuk dibicarakan.
Karim menamakan Anifah sebagai responden pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua.
Dalam keputusan penghakiman itu juga, mahkamah turut mengarahkan SPR membayar kos sebanyak RM100,000 kepada Karim Bujang.
Pengerusi SPR, Azhar Harun mengesahkan perintah itu dan telah dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh pegawai SPR yang hadir di mahkamah.
Anifah memenangi kerusi Parlimen Kimanis PRU-14 dengan majoriti 156 undi dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU lalu.
Beliau yang memperoleh 11,942 undi berbanding Karim dan Jaafar Ismail (Harapan Rakyat) yang masing-masing meraih 11,786 undi dan 1,300
Pada September tahun lalu, Anifah mengumumkan meninggalkan Umno.
Ia susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu siang tadi yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di kerusi itu.
Hakim Lee Heng Cheong berkata keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati ada unsur-unsur manipulasi yang telah mempengaruhi keputusan pada PRU lalu.
Ia antaranya termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang merupakan kesalahan serius.
Anifah Aman | Sumber - Google |

0 Comments