MB Selangor dapat surat dari lembaga disiplin



MENTERI Besar Selangor Amirudin Shari dilapor telah menerima surat daripada Lembaga Displin KEADILAN susulan kenyataan terbukanya sebelum ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree.

Bagaimanapun, Fareed menafikan surat tersebut adalah surat amaran, ia cuma surat yang menuntut penjelasan berhubung kenyataan Amirudin berhubung video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri sebelum ini.

“Bukan surat amaran. Surat itu memohon penjelasan,” katanya dipetik laporan Malay Mail.

Pada 25 Julai, Lembaga Displin parti itu berkata akan menuntut penjelasan daripada Amirudin serta Pengerusi KEADILAN Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Mereka mendakwa menerima aduan mengenai perlakuan beberapa ahli parti yang mengeluarkan kenyataan menyerang individu yang tidak dinamakan.

Lembaga itu turut "mengingatkan" pihak terbabit untuk menjaga tutur kata dan tindakan mereka berhubung isu tersebut.

Post a Comment

0 Comments