REMAJA warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemukan mati pada Selasa, meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya percaya remaja itu mungkin telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai.
Ketua Polis Negeri Sembilan | Sumber - Bernama |
"Hasil bedah siasat dijalankan mendapati remaja itu mati akibat kebocoran usus.
"Mungkin akibat tidak ada makanan dalam tempoh yang panjang dan stres berpanjangan,” jelasnya dalam satu sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan
Terdahulu, pasukan patologi melakukan bedah siasat ke atas mayat Nora yang ditemui orang awam tidak jauh dari lokasi beliau dilaporkan hilang.
Proses bedah siasat ke atas mayat Nora Anne yang bermula pukul 11.45 pagi Rabu berlangsung selama 10 jam.
Sementara itu, pihak polis turut menolak kemungkinan remja itu dilarikan atau dirogol.
"Tidak ada kesan atau tanda Nora Anne dirogol. Ada sedikit calar-calar dan luka-luka kecil di kaki Nora Anne namun ia tidak menjurus kepada kematian kepada mangsa,”tambahnya.
Holoprosencephaly
Holoprosencephaly
Nora Anne bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu. Mereka mendaftar masuk di eko-resort itu pada 3 Ogos, sehari sebelum kehilangannya.
Pada awalnya, keluarga remaja itu yakin Nora Anne dilarikan, bagaimanapun polis mengklasifikasikannya sebagai kes orang hilang memandangkan tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut
Difahamkan sehingga malam tadi, mayat Nora Anne masih belum dituntut keluarga dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Pihak keluarga didakwa belum membuat sebarang persiapan untuk menuntut mayat remaja berkenaan.
Pencarian sebelum ini disertai banyak pihak | sumber -Google |
Nora Anne menghidap ‘Holoprosencephaly’ sejak lahir. Dia yang berdepan masalah berkomunikasi serta pembelajaran mengalami masalah mempunyai saiz otak yang lebih kecil berbanding individu lain.
Kehilangan remaja itu sebelum ini bukan sahaja jadi perhatian rakyat tempatan, malah perkembanganya turut diikuti rakyat antarabangsa.
0 Comments