'Surat Anwar' disunting, bertujuan jahat


PENYEBARAN salinan surat berkait lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu dilaman sosial baru-baru ini dianggap sebagai tindakan yang berniat jahat.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu berkata, surat berkenaan telah disunting pihak tertentu sebelum disebarkan kepada umum.

Menurut Azan, pihaknya ada mengutus surat kepada Malaysia Airport Sdn Bhd bagi meminta kerjasama untuk tujuan keselamatan di lapangan terbang semepena lawatan Anwar ke negeri itu pada 24 Ogos ini. Ia bukan kononnya surat dikeluarkan dari pihak oleh dari Anwar sendiri seperti yang ditularkan.
"Kita ahli parti peringkat negeri juga maklumkan kepada pihak polis untuk tujuan keselamatan, begitu juga untuk keselamatan trafik, itu perkara biasa. Kita juga maklum kepada pihak lapangan terbang, kalau tidak nanti kata tiada makluman kepada mereka pula.

"Kita tidak minta apa-apa keistimewaan, cuma nak maklumkan kedatangan presiden KEADILAN, ia prosedur biasa tapi kita boleh lihat surat itu memang dipinda dengan niat untuk menyebarkan kepada umum," katanya.

Terdahulu, salinan surat berkaitan lawatan rasmi Anwar yang telah disunting itu mendapat kritikan banyak pihak kerana surat itu merujuk Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.

Berbanding surat asal yang bertujuan memaklumkan, surat yang disunting itu mengambarkan seolah-olah Anwar memohon layanan istimewa sempena lawatanya.

"Soalnya, mengapa ada yang meminda dan berniat tidak baik sehingga nampak keterlaluan. Jika pihak lapangan terbang tidak bersetuju dan tidak membenarkan, kita tiada masalah. Itu terpulang kepada mereka," katanya seperti dipetik laporan Sinar Harian.
 

Post a Comment

0 Comments